Kewajipan dan amalan Islam

Lima Rukun Islam

Rencana utama: Rukun Islam
Syahadah ditulis pada plak di Masjid Agung Xi'an, ChinaAmalan Haji termasuk berjalan tujuh kali mengelilingi Kaabah (tawaf). Muslim juga bersolat menghadap ke sini.

Lima Rukun Islam (Bahasa Arab: اركان الدين‎) adalah lima amalan penting dalam Islam Sunah, dan lima konsep asas penerimaan agama bagi Islam Syiah.[48]

Rukun Islam bagi Muslim Sunnah ialah:

  1. Syahadah (الشهادة), iaitu fahaman asas ajaran Islam:

    اشهد ان لا اله الا الله اشهد ان محمدا رسول الله
    Aku bersaksi tiada Tuhan melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa Muhammad adalah pesuruh Allah

    Perjanjian ini adalah asas untuk semua kepercayaan dan amalan lain dalam Islam. Muslim harus mengulangi syahadah ini dalam solat, dan bukan-Muslim yang ingin memeluk Islam diperlukan untuk mengucap kalimah ini.[49]
  2. Solat (صلاة‎), atau amalan sembahyang, wajib dilakukan lima kali sehari. Setiap solat perlu menghadap Kaabah di Makkah. Di kebanyakan negara Muslim, peringatan yang dipanggil Azan disiarkan secara umum dari masjid tempatan pada masa yang sesuai.
  3. Puasa (صوم), iaitu berpuasa pada bulan Ramadan. Muslim tidak boleh makan atau minum dari subuh hingga senja pada bulan ini, dan harus berwaspada dari dosa lain.
  4. Zakat (زكاة), atau pemberian sedekah. Amalan pemberian ini wajib untuk semua Muslim yang mampu, berdasarkan pada kekayaan yang dikumpul. Bahagian yang ditetapkan digunakan untuk membantu yang miskin dan yang memerlukan, dan juga untuk membantu menyebarkan Islam.
  5. Haji (حج), iaitu ziarah semasa bulan Zulhijjah ke bandar Makkah. Setiap Muslim yang mampu (dari segi badan dan harta) wajib menunaikan haji sekurang-kurangnya sekali seumur hidupnya.

Mengikut Muslim Syiah pula, lima asas Islam ialah:[50]

  1. Tauhid, Tuhan itu satu dan unik.
  2. Keadilan, konsep kebenaran moral berasaskan etika, keadilan dan kesaksamaan, bersama dengan hukuman jika melanggarnya.
  3. Hari Kiamat, penilaian terakhir Tuhan terhadap manusia.
  4. Kenabian, cara Tuhan menghantar utusan, atau nabi, untuk membimbing manusia.
  5. Imamah, institusi yang mewarisi institusi kenabian.

Lima rukun asas ini diikuti oleh sepuluh rukun subsidiari: 1.Solat; 2.Puasa; 3.Haji; 4.Zakat; 5.Jihad; 6.Amar ma'ruf; 7.Nahi munkar; 8.Satu Perlima; 9.Tawalla; 10.Tabarra.

Rujukan

WikiPedia: Islam http://www.religious-affairs.gov.bn/index.php?ch=b... http://www.chinadaily.com.cn/bizchina/2008-07/09/c... http://www.adherents.com/Religions_By_Adherents.ht... http://www.adherents.com/Religions_By_Adherents.ht... http://www.al-shia.com/html/eng/p.php?p=shia'&url=... http://www.britannica.com/EBchecked/topic/295507/I... http://www.britannica.com/EBchecked/topic/574006/S... http://www.britannica.com/eb/article-9105852/Islam http://www.cair.com/Portals/0/pdf/The_Mosque_in_Am... http://www.etymonline.com/index.php?term=Islam